Sunday 18 March 2012

LAWATAN PRA AUDIT 5S DI IKBN DUSUN TUA

HULU LANGAT: Pada 15 Mac 2012, Lawatan pra-audit dilaksanakan sebagai persediaan bagi audit persijilan sebenar Amalan Persekitan Berkualiti ( 5S) yang telah diamalkan di IKBN Dusun Tua. Pra-audit yang dijalankan  merangkumi secara keseluruhan kawasan seperti bangunan pentadbiran dan sekitar , asrama, bengkel, stor dan kawasan pondok pengawal.
Tn.Pengarah IKBN Dusun Tua, En. Zahari bin Jusoh mewakili IKBN Dusun Tua sepanjang proses pra-audit dijalankan dan beliau turut meluangkan masa bagi mengiringi Wakil dari MPC, Pn.Shaliza  melakukan pra-audit ke zon-zon yang terlibat.
Turut hadir bersama ialah semua AJK  Induk Amalan 5S IKBN Dusun Tua. Pengerusi Amalan 5S , En.Wan Asmawi bin Wan Shariff  turut membuat persembahan penerangan amalan 5S yang telah dilaksanakan di Institut ini. Selepas sesi persembahan  berlangsung wakil dari MPC terus membuat lawatan  pra-audit keseluruh tempat-tempat yang termasuk di dalam program 5S yang telah dilaksanakan di sini. Untuk makluman IKBN Dusun Tua  ini merupakan IKBN yang tertua yang telah beroperasi semenjak tahun 1966 lagi. Jadi besarlah cabaran-cabaran yang terpaksa diharungi oleh semua warga IKBN Dusun Tua.
Hasil daripada pra-audit yang telah dijalakan itu, secara keseluruhannya IKBN Dusun Tua telah berjaya melaksanakan amalan 5S mengikut garispanduan dan kriteria yang ditetapkan di dalam amalan perlaksanaan 5S. Cuma ada beberapa tempat yang masih lagi boleh ditambah baik dari segi cara penyimpanan dan susunan yang kemas seperti di stor peralatan dan bengkel. Serta beberapa tempat yang berkaitan dengan sistem perlabelan dan penyimpanan rekod dan fail. Maka selepas pembetulan dan penambahbaikan yang telah ditegur oleh juruaudit,  IKBN Dusun Tua bersedia untuk memohon di persijilkan.
Kesimpulanya amalan 5S yang telah dilaksanakan di Institut ini berjaya merubah lanskap persekitaran menjadi kemas dan bersih begitu ketara berbanding sebelum perlaksanaan. Begitu juga ruang dan persekitaran pejabat dan makmal menjadi lebih tersusun. Semua warga IKBN Dusun tua juga diberi peluang dan berjaya menyumbang ke arah perlaksanaan amalan 5S dan semangat kerjasama dan berpasukan menjadi lebih baik.

No comments:

Post a Comment