Sunday 14 April 2013

Perhimpunan Khas Amalan 5s IKBN Dusun Tua

Perhimpunan Khas Amalan 5s IKBN Dusun Tua


Hulu Langat, 09 April 2013 : Perhimpunan Khas 5S anjuran Jawatankuasa Induk Amalan 5S IKBNDT telah diadakan di Dewan Besar IKBN Dusun Tua pada 09 April 2013. Kedatangan Tuan Pengarah IKBN DusunTua, Encik Zahari bin Jusoh selaku penaung Amalan 5S IKBNDT telah menyuntik semangat kepada semua warga IKBNDT bagi menghadapi lawatan Auditor dari MPC pada keesokannya.
Pada perhimpunan kali ini semua kakitangan telah memakai T’Shirt 5S yang sama dan seragam yang menambahkan lagi semangat dan aura amalan 5S IKBNDT. Tujuan utama perhimpunan adalah untuk menenyemarakan perasaan untuk bersama-sama bagi meneruskan amalan 5S dikalangan semua warga IKBNDT.
Tuan Pengarah turut menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi Zon dan sudut Zon  terbaik dalam pengauditan audit dalaman siri ke 3. Zon terbaik telah dimenangi oleh Zon 3 iaitu Belimbing. Manakala sudut Zon terbaik pula telah dimenangi oleh Zon 2 iaitu Mangga. Hadiah juga turut diberikan kepada pemenang peraduan kuiz Amalan  5S yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Promosi. Hadiah merupakan  sumbangan wangtunai daripada Tuan Pengarah sendiri.
Akhir sekali satu sesi bergambar telah diadakan bagi semua kakitangan dan Pelajar IKBNDT. Majlis tamat pada pukul 4.30 petang. Semuga dengan adanya perhimpunan ini akan menambahkan semangat yang telah sedia ada bagi menerima kedatangan Juruaudit dari MPC untuk  pengauditan Persijilan semula nanti.


Thursday 4 April 2013

Pertandingan Sudut 5s Terbaik Zon Di IKBN Dusun Tua

Pertandingan Sudut 5s Terbaik Zon Di IKBN Dusun Tua
HULU LANGAT, 5 April 2013 : Pertandingan sudut 5S terbaik telah pun dianjurkan oleh Jawatankuasa Promosi 5S pada 4hb. April 2013 sebagai persediaan bagi Lawatan Audit Pensijilan Amalan 5S oleh pihak Malaysia Corporation (MPC) yang akan diadakan di IKBN Dusun Tua pada 10hb. April 2013(Rabu).
Setiap Zon didapati telahpun menghias zon masing-masing sehingga nampak menarik dan lengkap dengan pengisiannya.
Para Juri yang telah dilantik oleh Jawatankuasa promosi telah pun menjalankan tugasnya. Keputusan akan diumumkan pada hari Selasa hadapan sempena perhimpunan bulanan. Hadiah berupa wang tunai adalah sumbangan daripada Tn.Pengarah IKBN Dusun Tua.
 Kerjasama, komitmen dan sokongan dari semua warga IKBNDT dalam perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Disunting Oleh: Pn.Nazirah Shafiee

Wednesday 30 January 2013

Gotong Royong Perdana 5s IKBN Dusun Tua

HULU LANGAT, 30 Januari 2013: IKBN Dusun Tua telah mengadakan gotong royong perdana 5S untuk kali pertama tahun 2013 hari ini. Gotong royong telah berjalan serentak disemua 8 zon yang terlibat. Semua kakitangan telah member kerjasama yang baik dan menunjukkan semangat yang tidak berbelah bahagi untuk sama-sama menjayakan pelaksanaan amalan 5S untuk kali yang kedua pada tahun ini. Tn. Pengarah IKBN DusunTua En.Zahari bin Jusoh juga tidak ketinggalan telah turun ke bengkel-bengkel bagi menyuntik semangat kepada semua warga IKBN Dusun Tua.
Adalah diharapkan IKBN DusunTua akan mencapai sasaran pensijilan 5S pada penghujung bulan Mac nanti. Apa yang penting adalah kerjasama dan kesungguhan yang terbaik dapat diberikan.