Wednesday 25 January 2012

LAWATAN PENANDARASAN AMALAN 5S DI MPK, PAHANG

LAWATAN PENANDARASAN AMALAN 5S DI MPK, PAHANG
KUANTAN, 16 Januari 2011 : Seramai 28 orang kakitangan IKBN Dusun Tua telah mengadakan lawatan penandarasan Amalan 5S ke Majlis Perbandaran Kuantan, Pahang. Lawatan ini diketuai oleh En. Wan Asmawi bin Wan Shariff, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan selaku koordinator Amalan 5S IKBN Dusun Tua. Program lawatan bertujuan untuk mempelajari bagaimana aktiviti 5S dilaksanakan di MPK, Pahang yang telah mendapat sijil Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Ini dapat menerapkan sikap lebih perihatin serta bertanggungjawab terhadap persekitaran supaya kelihatan  kemas, cantik dan selesa.
Kedatangan kakitangan IKBN Dusun Tua disambut dengan baik oleh warga MPK, Pahang yang diketuai oleh Pn. Kamar Noor’in bt Abdullah dari Jabatan Korporat dan Pengurusan Kualiti. Selepas mendengar taklimat ringkas dari beliau, semua ahli rombongan telah dibawa melawat di zon-zon yang berdekatan seperti zon khidmat pengurusan serta zon penilaian dan pengurusan harta.
 

Thursday 19 January 2012

Lawatan Penandaarasan 5S Di IKM TAN SRI YAHAYA AHMAD
Lawatan Penandaarasan Pelaksanaan 5S ke IKM Tan Sri Yahaya Ahmad disertai oleh kakitangan IKBN DusunTua, Hulu Langat, Selangor seramai 28 orang pada 17 Januari 2012 (Selasa). Ia telah diketuai oleh En. Wan Asmawi bin Wan Shariff ,Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan. Program lawatan bertujuan untuk mempelajari bagaimana aktiviti 5S dilaksanakan di IKM Tan Sri Yahaya Ahmad yang telah mendapat Sijil Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Ini dapat menerapkan sikap lebih perihatin serta bertanggungjawab terhadap persekitaran supaya kelihatan  kemas, cantik dan selesa.
Kedatangan kakitangan IKBN DusunTua disambut dengan baik oleh warga IKM Tan Sri Yahaya Ahmad yang diketuai oleh Pn.Suriati Abd Samad. Lawatan dimulai dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengarah, Haji Feshol Bin Taib yang menyambut baik kedatangan kakitangan IKBN Dusun Tua.
Selain itu, lawatan ini juga dapat menjalinkan hubungan baik antara kakitangan IKBN Dusun Tua, Hulu Langat dan IKM Tan Sri Yahaya Ahmad. Terima kasih kepada warga IKM Tan Sri Yahaya Ahmad yang memberikan layanan yang baik.

Monday 16 January 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM 5S DAN GOTONG-ROYONG PERDANA
Tarikh : 12 Januari 2012
Masa : 9.30 pagi
Tempat : DewanBesar IKBN DusunTua
Dirasmikanoleh : En.Zahari bin Jusoh
Pengendali : Unit Promosi 5S IKBNDT

12 JANUARI 2012: Satu  Majlis Perasmian dan Pelancaran 5S serta Gotong Royong Perdana telah diadakan di Dewan Besar IKBN Dusun Tua. Perasmian itu telah disempurnakan oleh pengarah IKBN DusunTua En.Zahari bin Jusoh.
Dalam ucapan perasmiannya, tuan pengarah telah menekan betapa pentingnya amalan ini difahami dan diamalkan selalu memandangkan kesan jangka panjang yang akan terhasil amatlah baik. Beliau mengharapkan komitmen yang padu dari semua kakitangan dalam memantapkan lagi prestasi organisasi.
Tuan Pengarah juga telah menyampaikan hadiah dan sijil kepada pemenang mencipta Logo dan Slogan 5S IKBN DusunTua.
Pada hari yang sama juga, satu program gotong-royong perdana  yang melibatkan semua kakitangan dengan dibantu oleh para pelatih telah diadakan. Gotong-royong ini adalah simbolik kepada bermulanya amalan sisih yang mana merupakan salah satu elemen dalam program 5S ini. Elemen-elemen lain ialah susun,sapu,seragam dan sentiasa amal.
5S ialah amalan pengurusan yang teratur dan melibatkan 5 komponen yang utama iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Setiasa Amal untuk menghasilkan satu persekitran tempat kerja yang bersih dan harmoni di samping meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan perkhidmatan selaras dengan standard yang telah ditetapkan.
Dengan adanya segala aktiviti yang diadakan, ia adalah untuk menuju kearah pensijilan 5S seiring dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan perkhidmatan kerajaan lebih cekap.

Thursday 12 January 2012

LOGO RASMI 5S IKBN DUSUN TUA

Logo rasmi 5S IKBN Dusun Tua yang akan digunakan sepanjang kempen amalan 5S.

Tuesday 10 January 2012

Taklimat 5S di IKBN Dusun Tua


10 Januari 2012:  Satu sesi taklimat berkaitan Amalan 5S telah diadakan di Dewan Besar IKBN Dusun Tua yang melibatkan semua kakitangan dan pelajar IKBN. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh En. Razali bin Hj. Mohamed Yassin dari Unit Komunikasi Korporat, KBS.
Diantara perkara-perkara yang telah disentuh ialah mengenai pemahaman tentang 5S itu sendiri, teknik pengurusan 5S dan seterusnya faedah-faedah yang didapati daripada pelaksanaan amalan 5S.
Turut hadir ialah Tn Pengarah IKBN Dusun Tua iaitu En.Zahari bin Jusoh serta semua pegawai dan kakitangan IKBN Dusun Tua.
Adalah diharapkan dengan Amalan 5S ini  akan menjadi  sebagai penggalak kepada usaha kreatif dan inovatif di kalangan anggota organisasi.
Taklimat yang bermula pada jam 2.30 petang telah berakhir pada jam 4.30 petang .