Monday 27 February 2012

GOTONG ROYONG AMALAN 5S KALI KE DUA

HULU LANGAT, 24 Februari 2012: IKBN Dusun Tua telah mengadakan gotong royong 5S untuk kali keduanya hari ini. Ia berlangsung dengan jayanya di mana majlis dimulakan dengan Pengarah IKBN DusunTua En. Zahari bin Jusoh telah bersama-sama membersih di sekitar kawasan parkir bas dan setor barang pelupusan IKBN Dusun Tua.
Sambutan terhadap program gotong-royong ini sangat baik sekali dan ini telah menunjukkan semangat yang tidak berbelah bahagi untuk sama-sama menjayakan pelaksanaan amalan 5S di institut ini. Pegawai dan pelatih telah dibahagikan mengikut kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti seperti bengkel mengikut Jurusan, Pejabat Pentadbiran, Pondok Pengawal dan lain-lain lagi. Dengan adanya Program seperti ini diharap menjadi sebagai suntikan semangat kepada kakitangan IKBN Dusun Tua untuk sama-sama menggerakkan dan seterusnya mencapai sasaran pensijilan 5S pada penghujung bulan Mac nanti. Apa yang penting adalah kerjasama dan kesungguhan yang terbaik dapat diberikan.

Monday 20 February 2012

Lawatan Audit Amalan 5S IKBN Dusun Tua Peringkat Ke-2

Hulu Langat, 15 Februari 2012: Seperti yang dijadualkan, pihak Jawatankuasa Audit yang diketuai oleh Encik Wan Hussin bin Wan Ahmad telah melakukan auditan pelaksanaan 5S di setiap zon hari ini. Seramai 8 orang auditor yang dibahagi kepada 2 kumpulan telah bermula seawal jam 9.00 pagi di Zon 1, 2, 3 sehingga Zon 8 . Satu sesi taklimat ringkas telah diberikan oleh En.Wan Hussin  kepada semua juruaudit sebelum menjalankan tugas masing-masing .

En.Wan Hussin berkata pengauditan pada kali ini adalah agak terperinci. Keputusannya amat memuaskan daripada kali pertama dahulu. Ini menunjukkan satu petanda yang baik bagi mendapatkan penganugerahan pada penghujung Mac nanti.

Beliau juga berharap supaya peningkatan ketara ditunjukkan oleh semua zon semasa lawatan auditan ke tiga pada 29hb Februari 2012 nanti dan meminta semua ketua Zon dapat memberi kerjasama yang padu kepada juruaudit semasa menjalankan tugas nanti.

Keputusan audit akan dibentangkan kepada semua zon secepat mungkin nanti.

KURSUS PELAKSANAAN PROGRAM AMALAN 5S DI APBM BATU GAJAH PERAK

Batu Gajah, 17 Februari- Seramai enam orang kakitangan IKBN DusunTua telah menghadiri kursus pelaksanaan program Amalan 5S di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Alor Gajah ,Perak yang telah dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang diadakan selama tiga hari bermula 17 hingga 19 Februari 2012.
Perasmian telah dilakukan oleh yang berbahagia Dato' Zaidon bin Hj.Asmuni,Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik)Kementerian Belia Dan sukan Malaysia.
“Semua IKBN mestilah melakukan satu transformasi bagi mendapatkan persijilan 5S pada 31hb Mac nanti. Semua warga IKBN mestilah berusaha bersungguh-sungguh bagi menjayakannya. Dimana ada kemahuan disitu ada kejayaan". Begitulah ucapan beliau pada majlis perasmian itu.
Turut serta pada malam itu ialah En.Mohd Ali bin Jabar, Setiausaha Bahagian , Bahagian Khidmat Pengurusan serta Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran, Tuan Haji Saari bin Salleh.
Tuan Haji Saari berkata semua kakitangan mestilah menyahut cabaran bagi mendapatkan persijilan ini dengan hati terbuka dan ikhlas hati demi keselesaan semua dan beliau yakin serta percaya semua IKBN akan mendapat pengiktirafan pada penghujung Mac nanti.
En.Mohd Ali Jabar turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang bertanggunjawab bagi melancarkan lagi pelaksanaan amalan 5S di IKBN masing-masing.
Fasilitator jemputan untuk Juru audit ialah Pn.Rokiah binti Sahat yang merupakan Ketua Juruaudit dalaman KBS. Manakala En.Razali bin Hj.Mohamed Yassin Pegawai Penerangan unit Komunikasi Koporat KBS pula telah mengetuai unit Promosi, unit Latihan dan lain-lain.
Semua Juruaudit telah dibawa ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak bagi melaksanakan latihan amali pengauditan. Pada hari terakhir, semua peserta telah dibawa ke IKBN Seri Iskandar sebagai lawatan penandaarasan bagi pelaksanaan amalan 5S di IKBN masing-masing

Sunday 19 February 2012

Kursus Amalan 5S di APBM, Batu Gajah

Buat julung-julung kalinya Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan Kursus Amalan 5S yang melibatkan 19 IKBN seluruh Malaysia. Kursus ini bagi membincangkan matlamat dan halatuju amalan 5S di semua IKBN seluruh Malaysia. Setiap IKBN diwakili seramai 7 orang peserta yang melibatkan 3 orang jawatankuasa audit, seorang Setiausaha, Fasilatator, Jawatankuasa Latihan dan Jawatankuasa Promosi.


KUNJUNGAN JAWATANKUASA INDUK 5S KE MPC PETALING JAYA

PETALING JAYA, 15 Februari 2012 : Satu lawatan ke Malaysian Productivity Corporation (MPC) telah dilakukan sebagai salah satu langkah kearah persijilan 5S di IKBN Dusun Tua. Lawatan yang disertai oleh 7 orang ahli Jawatankuasa Pemandu 5S IKBN Dusun Tua ini bertujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai prosedur dan kriteria yang diperlukan bagi proses persijilan 5S. Rombongan dari pihak IKBN Dusun Tua disambut oleh Pn Atidjam Seri Montoi, Consultant Certificate & Development Standard dari Business Excellence Department selaku wakil daripada MPC .
Beliau juga memberi maklumat-maklumat berkenaan dengan perkara-perkara asas yang perlu ada bagi melaksanakan 5S di IKBN nanti. Pegawai-pegawai dari IKBN tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan berbagai soalan mengenai 5S. Dengan lawatan ini, Jawatankuasa 5S IKBN Dusun Tua telah mendapat gambaran jelas bagaimana persijilan 5S ini boleh dicapai. Diharap dengan tercapainya objektif lawatan ini, dapatlah merintis jalan kepada persijilan 5S di IKBN Dusun Tua kelak.

Tuesday 14 February 2012



Jawatankuasa Promosi IKBN telah menganjurkan kuiz 5S kepa para pelajar bagi menguji pengetahuan pelajar tentang amalan 5S yang sedang giat dilaksanakan di IKBN Dusun Tua. Pemenang kuiz ini telah diplih melalui cabutan dan dimenangi oleh Syaid Halid bin Sarif, pelajar Jurusan Pendawaian Elektrik. Semoga aktiviti seperti ini akan lebih menyemarakkan semangat pelajar dalam melaksanakan amalan 5S ini.


Wednesday 1 February 2012

Lawatan Audit Dalaman5S di IKBN DusunTua




Rabu 1 Februari2011 :Satu lawatan audit ke atas perlaksanaan amalan 5s IKBN Dusun Tua oleh pihak Audit Dalaman.  Seramai 8 orang Auditor telah melakukan tugas ini sejak dari pukul 9.00 pagi. Ia diketuai oleh Saudara Wan Hussin bin Wan Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa audit.
Tn.Pengarah IKBN Dusun Tua juga turut meluangkan masa memantau beberapa zon yang terpilih dalam usaha sebagai menyuntik semangat semua warga IKBN dalam mengaplikasikan amalan 5S ditempat masing-masing.
Sesi auditan telah diadakan dari pagi sehinggalah petang. Pihak Juruaudit telah menyemak semua Fail Amalan 5S dan membuat lawatan ke tapak. Beberapa teguran telah   diberikan sebagai langkah penambaikan kearah mendapat Pensijilan pada Mac nanti.