Lawatan Penandaarasan 5S Di IKM TAN SRI YAHAYA AHMAD
Lawatan Penandaarasan Pelaksanaan 5S ke IKM Tan Sri Yahaya Ahmad disertai oleh kakitangan IKBN DusunTua, Hulu Langat, Selangor seramai 28 orang pada 17 Januari 2012 (Selasa). Ia telah diketuai oleh En. Wan Asmawi bin Wan Shariff ,Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan. Program lawatan bertujuan untuk mempelajari bagaimana aktiviti 5S dilaksanakan di IKM Tan Sri Yahaya Ahmad yang telah mendapat Sijil Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Ini dapat menerapkan sikap lebih perihatin serta bertanggungjawab terhadap persekitaran supaya kelihatan kemas, cantik dan selesa.
Kedatangan kakitangan IKBN DusunTua disambut dengan baik oleh warga IKM Tan Sri Yahaya Ahmad yang diketuai oleh Pn.Suriati Abd Samad. Lawatan dimulai dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengarah, Haji Feshol Bin Taib yang menyambut baik kedatangan kakitangan IKBN Dusun Tua.
Selain itu, lawatan ini juga dapat menjalinkan hubungan baik antara kakitangan IKBN Dusun Tua, Hulu Langat dan IKM Tan Sri Yahaya Ahmad. Terima kasih kepada warga IKM Tan Sri Yahaya Ahmad yang memberikan layanan yang baik.
No comments:
Post a Comment