LAWATAN PENANDARASAN AMALAN 5S DI MPK, PAHANG
KUANTAN, 16 Januari 2011 : Seramai 28 orang kakitangan IKBN Dusun Tua telah mengadakan lawatan penandarasan Amalan 5S ke Majlis Perbandaran Kuantan, Pahang. Lawatan ini diketuai oleh En. Wan Asmawi bin Wan Shariff, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan selaku koordinator Amalan 5S IKBN Dusun Tua. Program lawatan bertujuan untuk mempelajari bagaimana aktiviti 5S dilaksanakan di MPK, Pahang yang telah mendapat sijil Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Ini dapat menerapkan sikap lebih perihatin serta bertanggungjawab terhadap persekitaran supaya kelihatan kemas, cantik dan selesa.
Kedatangan kakitangan IKBN Dusun Tua disambut dengan baik oleh warga MPK, Pahang yang diketuai oleh Pn. Kamar Noor’in bt Abdullah dari Jabatan Korporat dan Pengurusan Kualiti. Selepas mendengar taklimat ringkas dari beliau, semua ahli rombongan telah dibawa melawat di zon-zon yang berdekatan seperti zon khidmat pengurusan serta zon penilaian dan pengurusan harta.