Sunday, 14 April 2013

Perhimpunan Khas Amalan 5s IKBN Dusun Tua

Perhimpunan Khas Amalan 5s IKBN Dusun Tua


Hulu Langat, 09 April 2013 : Perhimpunan Khas 5S anjuran Jawatankuasa Induk Amalan 5S IKBNDT telah diadakan di Dewan Besar IKBN Dusun Tua pada 09 April 2013. Kedatangan Tuan Pengarah IKBN DusunTua, Encik Zahari bin Jusoh selaku penaung Amalan 5S IKBNDT telah menyuntik semangat kepada semua warga IKBNDT bagi menghadapi lawatan Auditor dari MPC pada keesokannya.
Pada perhimpunan kali ini semua kakitangan telah memakai T’Shirt 5S yang sama dan seragam yang menambahkan lagi semangat dan aura amalan 5S IKBNDT. Tujuan utama perhimpunan adalah untuk menenyemarakan perasaan untuk bersama-sama bagi meneruskan amalan 5S dikalangan semua warga IKBNDT.
Tuan Pengarah turut menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi Zon dan sudut Zon  terbaik dalam pengauditan audit dalaman siri ke 3. Zon terbaik telah dimenangi oleh Zon 3 iaitu Belimbing. Manakala sudut Zon terbaik pula telah dimenangi oleh Zon 2 iaitu Mangga. Hadiah juga turut diberikan kepada pemenang peraduan kuiz Amalan  5S yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Promosi. Hadiah merupakan  sumbangan wangtunai daripada Tuan Pengarah sendiri.
Akhir sekali satu sesi bergambar telah diadakan bagi semua kakitangan dan Pelajar IKBNDT. Majlis tamat pada pukul 4.30 petang. Semuga dengan adanya perhimpunan ini akan menambahkan semangat yang telah sedia ada bagi menerima kedatangan Juruaudit dari MPC untuk  pengauditan Persijilan semula nanti.


Thursday, 4 April 2013

Pertandingan Sudut 5s Terbaik Zon Di IKBN Dusun Tua

Pertandingan Sudut 5s Terbaik Zon Di IKBN Dusun Tua
HULU LANGAT, 5 April 2013 : Pertandingan sudut 5S terbaik telah pun dianjurkan oleh Jawatankuasa Promosi 5S pada 4hb. April 2013 sebagai persediaan bagi Lawatan Audit Pensijilan Amalan 5S oleh pihak Malaysia Corporation (MPC) yang akan diadakan di IKBN Dusun Tua pada 10hb. April 2013(Rabu).
Setiap Zon didapati telahpun menghias zon masing-masing sehingga nampak menarik dan lengkap dengan pengisiannya.
Para Juri yang telah dilantik oleh Jawatankuasa promosi telah pun menjalankan tugasnya. Keputusan akan diumumkan pada hari Selasa hadapan sempena perhimpunan bulanan. Hadiah berupa wang tunai adalah sumbangan daripada Tn.Pengarah IKBN Dusun Tua.
 Kerjasama, komitmen dan sokongan dari semua warga IKBNDT dalam perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Disunting Oleh: Pn.Nazirah Shafiee

Wednesday, 30 January 2013

Gotong Royong Perdana 5s IKBN Dusun Tua

HULU LANGAT, 30 Januari 2013: IKBN Dusun Tua telah mengadakan gotong royong perdana 5S untuk kali pertama tahun 2013 hari ini. Gotong royong telah berjalan serentak disemua 8 zon yang terlibat. Semua kakitangan telah member kerjasama yang baik dan menunjukkan semangat yang tidak berbelah bahagi untuk sama-sama menjayakan pelaksanaan amalan 5S untuk kali yang kedua pada tahun ini. Tn. Pengarah IKBN DusunTua En.Zahari bin Jusoh juga tidak ketinggalan telah turun ke bengkel-bengkel bagi menyuntik semangat kepada semua warga IKBN Dusun Tua.
Adalah diharapkan IKBN DusunTua akan mencapai sasaran pensijilan 5S pada penghujung bulan Mac nanti. Apa yang penting adalah kerjasama dan kesungguhan yang terbaik dapat diberikan.

 

Sunday, 1 April 2012

LAWATAN AUDIT 5S OLEH MPC KE IKBN DUSUN TUA


HULU LANGAT, 28 Mac 2012 : Lawatan Audit Pensijilan amalan 5S daripada Malaysia Corporation (MPC) telah diadakan di IKBN Dusun Tua pada 28 Mac 2012 (Rabu). Sesi auditan telah dilaksanakan oleh Pn. Saliza bt Saari . Juruaudit    dari MPC mendapati pelaksanaan Amalan 5S di IKBN Dusun Tua, Selangor berada pada tahap yang sangat memuaskan. Aktiviti 5S telah berjaya dijalankan di semua 8 Zon yang terlibat. Pengurusan fail yang bersistematik, stor yang tersusun dan tidak ketinggalan juga suasana keceriaan yang begitu terserlah.
Kejayaan ini hasil daripada komitmen yang tinggi dari pihak Pengurusan dan juga hasil kerjasama semua warga IKBNDT secara keseluruhannya.
Sehubungan itu, pihak MPC , Pn.Saliza bt Saari telah mengesyorkan IKBN Dusun Tua, Selangor diberi Pensijilan Amalan 5S Tahun 2012.

Sunday, 18 March 2012

LAWATAN PRA AUDIT 5S DI IKBN DUSUN TUA

HULU LANGAT: Pada 15 Mac 2012, Lawatan pra-audit dilaksanakan sebagai persediaan bagi audit persijilan sebenar Amalan Persekitan Berkualiti ( 5S) yang telah diamalkan di IKBN Dusun Tua. Pra-audit yang dijalankan  merangkumi secara keseluruhan kawasan seperti bangunan pentadbiran dan sekitar , asrama, bengkel, stor dan kawasan pondok pengawal.
Tn.Pengarah IKBN Dusun Tua, En. Zahari bin Jusoh mewakili IKBN Dusun Tua sepanjang proses pra-audit dijalankan dan beliau turut meluangkan masa bagi mengiringi Wakil dari MPC, Pn.Shaliza  melakukan pra-audit ke zon-zon yang terlibat.
Turut hadir bersama ialah semua AJK  Induk Amalan 5S IKBN Dusun Tua. Pengerusi Amalan 5S , En.Wan Asmawi bin Wan Shariff  turut membuat persembahan penerangan amalan 5S yang telah dilaksanakan di Institut ini. Selepas sesi persembahan  berlangsung wakil dari MPC terus membuat lawatan  pra-audit keseluruh tempat-tempat yang termasuk di dalam program 5S yang telah dilaksanakan di sini. Untuk makluman IKBN Dusun Tua  ini merupakan IKBN yang tertua yang telah beroperasi semenjak tahun 1966 lagi. Jadi besarlah cabaran-cabaran yang terpaksa diharungi oleh semua warga IKBN Dusun Tua.
Hasil daripada pra-audit yang telah dijalakan itu, secara keseluruhannya IKBN Dusun Tua telah berjaya melaksanakan amalan 5S mengikut garispanduan dan kriteria yang ditetapkan di dalam amalan perlaksanaan 5S. Cuma ada beberapa tempat yang masih lagi boleh ditambah baik dari segi cara penyimpanan dan susunan yang kemas seperti di stor peralatan dan bengkel. Serta beberapa tempat yang berkaitan dengan sistem perlabelan dan penyimpanan rekod dan fail. Maka selepas pembetulan dan penambahbaikan yang telah ditegur oleh juruaudit,  IKBN Dusun Tua bersedia untuk memohon di persijilkan.
Kesimpulanya amalan 5S yang telah dilaksanakan di Institut ini berjaya merubah lanskap persekitaran menjadi kemas dan bersih begitu ketara berbanding sebelum perlaksanaan. Begitu juga ruang dan persekitaran pejabat dan makmal menjadi lebih tersusun. Semua warga IKBN Dusun tua juga diberi peluang dan berjaya menyumbang ke arah perlaksanaan amalan 5S dan semangat kerjasama dan berpasukan menjadi lebih baik.

Monday, 5 March 2012

LAWATAN AUDIT DALAMAN 5S KALI KE 3

HULU LANGAT, 1 Mac 2012 : Jawatankuasa Audit Dalaman 5S telah melaksanakan audit kali ke 3 ke semua zon pada 28 Februari 2012 (semalam). Pasukan yang diketuai oleh  En. Wan Hussin bin Wan Ahmad ini telah mula menjalankan tugas seawal jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.
Pengauditan meliputi Sudut 5S setiap Zon, dokumentasi serta keseluruhan setiap Zon.

Syabas dan tahniah kepada semua warga IKBN DusunTua yang terus berusaha sedaya upaya demi mencapai pengiktirafan pada penghujung bulan Mac nanti. Banyak penambah baikan yang dihasilkan berbanding keputusan semasa lawatan audit yang lalu.

Laporan akan dibentangkan secepat mungkin kepada semua Zon.
 

Lawatan Ke Sekolah Menengah Teknik Cheras

HULU LANGAT : Seramai 15 kakitangan dan 18 Perwakilan Pelajar IKBN Dusun Tua telah mengadakan Lawatan Penandarasan Pelaksanaan 5S ke Sekolah Menengah Teknik Cheras  pada 1 Mac 2012 (Khamis). Ia telah diketuai oleh En.Shafinizam. Program lawatan bertujuan untuk mempelajari bagaimana aktiviti 5S dilaksanakan di Sekolah Menengah Teknik  Cheras yang telah mendapat Sijil Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
 Kedatangan kakitangan IKBN Dusun Tua disambut dengan baik oleh Penyelaras 5S,  Sekolah Menengah Teknik Cheras yang diketuai oleh Pn.Fazilah .
Selain itu, lawatan ini juga dapat menjalinkan hubungan baik antara kakitangan IKBN Dusun Tua, Hulu Langat dan Sekolah Menengah Teknik Cheras. Terima kasih kepada semua murid dan guru Sekolah Menengah Teknik Cheras yang memberikan layanan yang baik.