23 DIS 2011 - Mesyuarat kali pertama Jawatankuasa Pelaksana Amalan 5S dipengerusikan oleh En.Wan Asmawi bin Wan Shariff selaku Koordinator Jawatankuasa Pelaksana Amalan 5S .
Mesyuarat membincangkan pengagihan zon dan perlantikan ketua zon serta perancangan yang akan dijalankan bagi menjayakan program ini.
Tuesday, 27 December 2011
Mesyuarat kali pertama Jawatankuasa Induk Amalan 5S
16 DIS 2011 - Mesyuarat kali pertama Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Amalan 5S IKBN Dusun Tua telah diadakan di bilik Mesyuarat Utama yang dipengerusikan oleh Pengarah IKBN Dusun Tua, En. Zahari bin Jusoh.
Mesyuarat membincangkan halatuju perlaksanaan Amalan 5S dan perlantikan Jawatankausa Pelaksana Amalan 5S.
Mesyuarat membincangkan halatuju perlaksanaan Amalan 5S dan perlantikan Jawatankausa Pelaksana Amalan 5S.
Tuesday, 20 December 2011
IKBN DUSUN TUA KE ARAH MENDAPATKAN PERSIJILAN AMALAN 5S
SERI ISKANDAR 8 Dis. - Rombongan daripada IKBN Dusun Tua telah membuat lawatan Penanda Aras Amalan 5S ke IKBN Seri Iskandar. Seramai 30 orang pegawai dari setiap bahagian IKBN Dusun Tua menyertai deligasi ini. Ini merupakan lawatan sulong IKBN Dusun Tua dalam kempen ke arah mendapatkan persijilan amalan 5S.
Rombongan di ketua oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan Encik Wan Asmawi binWan Shariff diberi taklimat ringkas mengenai amalan 5S oleh wakil pihak IKBN Seri Iskandar sebelum lawatan ke pejabat pentadbiran, bengkel-bengkel kemahiran. Tujuan lawatan ini adalah untuk menimba ilmu serta berkongsi pengalaman dalam melaksanakan 5S sebagai persediaan untuk diterapkan di IKBN Dusun Tua kelak.
Lawatan yang diketuai oleh En. Wan Asmawi Wan Shariff, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan ini berakhir jam 4.00 petang. Semoga lawatan ini dapat memajukan lagi penerapan 5S di IKBN Dusun Tua.
Subscribe to:
Posts (Atom)